sponsor

sponsor

Slider

My Youtube Story

Business

Luahan dan perkongsian

KeluargaKu

Agamaku

Jalan-jalan

Sokong Bisnes Saya

Sokong Bisnes Saya
klik pada gambar untuk special deal

BMF | Kurangnya produk kita di NSK, sedihkan!


Hari ini aku jalan-jalan ke NSK kota damansara untuk melihat kegiatan perdagangan disitu sambil-sambil meninjau produk BMF samada dijual ataupun tidak disitu. NSK merupakan sebuah pasaraya yang agak besar saiznya dan dimiliki oleh bangsa mendatang. Mereka kini berjaya mengembangkan perniagaan mereka keseluruh negara  dengan konsep runcit dan borong,

Adakah kita mampu untuk melahirkan lebih banyak pasaraya sebesar ini untuk menjual semua produk2 muslim dipasaran? Sudah sampai masanya untuk kita berubah kearah yang lebih kuat dipasaran dalam negara kita ini.

Jom ber BMF

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

Usahawan BMF | Kedai USTAZ di Mara Digital Mall SURAM?



Mara Digital Mall diwujudkan khusus untuk peniaga Bumiputera, dilancarkan pada 8 Disember 2015 di Bangunan Mara, berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Ramai usahawan IT Bangsa Kita menawarkan pelbagai jenis gadjet menarik untuk kita miliki disini. Dan menariknya terdapat sebuah kedai yang diberi nama Kedai USTAZ, seperti sebuah kedai menjual buku-buku agama, tetapi yang menariknya tak der sebuah buku agama dipamerkan dikedai tersebut.

Inilah kehebatan bangsa kita bila ruang dan peluang diberikan kepada kita. Mereka telah berjaya membuktikan bahawa, apa jenis bisnes yang ada didunia ini yang halal, mereka juga mampu menguruskannya dan menjana pendapatan daripadanya.

Oleh itu kita sebagai pengguna dan pelanggan, sokonglah bisnes orang kita terutama ketika kempen BMF yang berlangsung kini.
Tanpa kita siapalah mereka.

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

Usahawan BMF | Hafiz The Mat Bateri



Anak muda ini bertarung dengan jiwa dan pesaing dalam mengharungi bisnes bateri kenderaan ini. Pernah hampir nak berpatah balik kebelakang, kini berkat kesabarannya kedai  baterinya kni sudah dikenali ramai para pelanggan diseluruh lembah kelang.

Salah satu contoh anak muda kita yang kuat dan gigih mengejar impian walaupun terpaksa berpanas dan berhujan.
Semoga kejayaan menanti untuk nya.

Hubungi hafiz untuk masalah bateri 0172544376

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

Usahawan BMF | 10 tahun bersabar,kali ini permintaan cukup tinggi


Bertempat di kg kenangan Puchong Selangor, terdapat sebuah kilang kecil orang kita yang mengusahakan produk mee kuning jenama ABADI yang begitu gigih menghasilkan produk makanan halal untuk juadah kita seharian.

Kilang kecilnya ini telah bertapak lama disini dan dengan bisnes inilah Tuan punya perniagaan menampong hidup sekeluarga bersama2 dengan para pekerjanya yang rajin membantu beliau sehingga kehari ini.

Jika ada yang berminat untuk mendapatkan produk mee kuning abadi ini, boleh menghubungi tuan punya syarikat di ditalian
 En Zikri 019-6621389.

Semoga perniagaan sahabat ini terus maju terutama ketika kempem BMF sedang hangat diperkatakan dipasaran ketika ini.

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

#bmf #antiSkipIklan #bisnesOrangKita