Usahawan BMF | Kedai USTAZ di Mara Digital Mall SURAM?



Mara Digital Mall diwujudkan khusus untuk peniaga Bumiputera, dilancarkan pada 8 Disember 2015 di Bangunan Mara, berdekatan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Ramai usahawan IT Bangsa Kita menawarkan pelbagai jenis gadjet menarik untuk kita miliki disini. Dan menariknya terdapat sebuah kedai yang diberi nama Kedai USTAZ, seperti sebuah kedai menjual buku-buku agama, tetapi yang menariknya tak der sebuah buku agama dipamerkan dikedai tersebut.

Inilah kehebatan bangsa kita bila ruang dan peluang diberikan kepada kita. Mereka telah berjaya membuktikan bahawa, apa jenis bisnes yang ada didunia ini yang halal, mereka juga mampu menguruskannya dan menjana pendapatan daripadanya.

Oleh itu kita sebagai pengguna dan pelanggan, sokonglah bisnes orang kita terutama ketika kempen BMF yang berlangsung kini.
Tanpa kita siapalah mereka.

wallahuaklam
www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.