Adakah keluarga yang kita bina itu terbina syurga didalamnya?


 Kenangan mengusik jiwa

Lagi seminggu kita akan menyambut aidil fitri 2021. Dan buat kesekian kalinya kita tidak dapat merasai beraya di kampung halaman masing2 setelah tahun 2020 kita dinafikan utk pulang setelah negara dilanda covid 19.

 Kadang kita terfikir, kenapa orang kita amat kuat pertaliannya dengan kampung halaman terutama bila tiba musim perayaan seperti aidilfitri ini. Bila kita perhalusi, yang membuatkan kita bersemangat untuk pulang kekampung halaman adalah faktor ada ibu ayah dikampung sana.

Kedua orang tua kita inilah yang menyebabkan kita anak beranak amat merindui kampung halaman kita itu. Tanpa mereka disana, pasti raya kita akan jadi hambar dan sudah pasti pakej balik kampung itu tidak semeriah masa ayah ibu masih hidup.

 Inilah hasil didikan ikhlas orang tua kita dalam membesarkan kita adik beradik ini. Walaupun tiada harta yang banyak utk menghiburkan kita, tapi mereka ada jiwa yang besar yang pasti dapat membahagiakan kita didunia ini.


 Kadang aku terfikir, setelah kita berkerjaya di bandar ini adakah anak2 kita ini mempunyai perasaan yang sama seperti kita ini bila datang aidilfitri? Adakah anak2 kita ada perasaan 'balik kampong' yang melonjak2 seperti kita sekarang ini bila mereka merantau jauh meninggalkan kita?

Bila menonton video diatas, tersentuh jiwa melihatnya. Adakah keluarga kita itu cukup besar jiwanya untuk anak2 kita dapat merasai kasih sayang kita kepada mereka?

 

wallahuaklam

Jauh sudah kukembara

No comments

Powered by Blogger.