Bilakah kali terakhir kita bersama ayah kita?


Dimana ayah kita
Dulu semasa kita kecil, hanya ayah dan ibu sahaja yang setia menjaga kita dari sebarang perkara dan membesarkan kita dengan kudratnya. Ada jenis ayah yang garang dengan anak2nya dan ada ayah yang jenis manja dengan zuriatnya.

Setelah masa berlalu, kini kita pula menjadi ayah buat anak2 kita. Ada yang masih beranak kecil dan ada yang sudah besar panjang anak2nya malah sudah ada yang bercucu. Rezeki Allah beri begitu datang dalam setiap sudut yang kita tidak perasan.


Benarlah kata pujangga, bahawa bila kita semakin meningkat usia, masa dengan anak2 semakin kurang jadinya. Terkadang hanya hadir setahun sekali sahaja ketika raya. Kemeriahan bersama mereka tidak lama mungkin sehari dua sebelum mereka pulang semula kekota.

Bila sudah berusia begini, terkadang hati kita sebagai ayah cepat terasa. Andai ada anak yang tidak peduli lagi pada ayahnya,maka terasalah hatinya betapa kasih sayang yang dicurahkan dulu pergi begitu sahaja dan anak2 pun semakin sibuk dengan dunianya lalu meminggirkan kita di desa ini.

Andai yang masih ada lagi ayah dan juga ibu, hargailah mereka dan berikanlah kasih sayang mu kepada mereka seperti mana mereka mencurahkannya kepada kita semasa kita kecil dulu.

Wallahuaklam
Jauh sudah ku terasa.
www.modayu.weebly.com



 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.