Salam maulidur Rasul kepada sahabatku semua


 Islam
Sekejap masa berlalu

Kini tiba lagi hari dimana junjungan kita Rasulullah saw diingat setiap tahun. Fikirkan sudah 1400 tahun lebih Baginda saw meninggalkan kita. Tapi baginda saw tidak meninggalkan kita begitu sahaja, tapi Baginda tinggalkan kita dengan 2 perkara iaitu Alquran dan juga Hadith untuk dijadikan panduan dalam hidup manusia diatas muka bumi ini.


Rasulullah saw banyak tinggalkan hadith2nya untuk kita jadikan panduan dan juga ukuran kejayaan hidup didunia ini hingga ke hari perhitungan nanti. Semua perkara sudah di titipkan baik sekecil2 perkara hinggalah ke besar2 urusan dunia sekalipun.


Kita ini umat yang beruntung kerana dilahirkan sudah sedia islam. Ramai lagi diluar sana yang mencari2 jalan kebenaran hingga terus sesat di sana sini. Mereka juga sedang menunggu kita untuk memberi panduan dan juga bimbingan untuk mendapatkan jalan hidayah Allah yang amat tinggi nilainya.


Sayangnya kini, ada segolongan kumpulan yang cukup bahaya sedang menyelinap kedalam masyarakat kita dengan cara fikir yang pelik dan mengelirukan. Mereka ini sentiasa tidak pernah senang dengan kita umat islam dalam banyak perkara terutama bab berkenaan dengan maulidul rasul ini.


Setiap hari mereka memikirkan untuk membidaahkan perkara2 ibadah umat islam baik di Malaysia mahupun di dunia. Agenda mereka seolah untuk menjauhkan umat islam dari agamanya dengan mengolah sesuatu mengikut kehendak kumpulan mereka sahaja.


Mereka ini tidak pernah kisah dengan ramainya umat islam murtad dinegara kita tapi apa yang mereka kisahkan adalah untuk membidaahkan ramai umat islam demi untuk perancangan jauh mereka didunia ini yang kita pasti tahu dibelakang mereka itu ada tangan2 musuh islam sedang memandu kumpulan mereka itu dalam melemahkan umat islam fizikal dan batiniah nya.

Awasi agenda mereka yang amat bahaya ini.

Salam maulidur rasul 1443 H

wallahuaklam
Kedai kecil di kaki langit

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.