Seram juga aku berbahas dengan mereka.

 


Aku juga yang kena

Perkara yg cukup gementar utk aku borak2 dgn org kelantan adalah bab politik terutama politik pas.

Pernah berlaku sebelum ini , baru nak bincang pasal politik negara, berbeza pendapat sikit dgn sahabat itu yg penyokong tegar pas, aku sudah di bodohkan begitu sahaja..
"kawe ingat demo panda, bodoh jugok demo sokong umno'. itulah ayat keluar dr mulut dia.

Ada sekali tu di masjid, biasa jumpa waktu solat sembang2 biasa jer. nmpk lembut cakap pun berbahasa, sekali tu masa lepas raya borak2 pasal balik kg, dia kata marah sungguh kat kerajaan sebab jem highway tpt dia nak lalu.

'Kawe ghaso nak langgar biar mati semuo hok yg dok repair jale time ore nok balik rayo, ni semua pasa kerajae daja lagu ni la, kito bole pere dgn puak2 ph bn lagu ni,mati shahid '

Aku cuba alih tajuk lain dari politik sebab nmpk dah melalut kelain dah gayanya.. sekali aku ubah tajuk , dia tetap nk masuk gak pasal politik. Aduh pening aku nak layan.

Ada satu kes lagi kawan baik , bila tahu aku tidak cenderong kpd politik partinya, sekrg hubungan pun dah jd hambar.... Malas aku nak fikir dah pasal kawan jenis taasub mcmni.

Tp semalam, ada peserta dari kelantan yg training dgn aku lain pulak ceritanya. Aku mmg tak bukakla kisah politik ketika mengajar ni tambah2 lagi kalau peserta dari kelantan. Diakhir training tu tetiba dia bukak kisah dia marahkan org pas. Aku tetiba jadi pelik, betul ker aku lihat ni. Kemain marah dia dgn pas sampai aku pasang telinga dengar dia meluahkan perasaannya.

Part yg aku paling ingat bila dia kata ' Dap itu sahabat kite, mca pun sahabat kita, tak lama plak Gerakan pun sahabat kite'.

Entah , aku kalau ada yg taasub sgt dgn politik2 terutama pas ni aku mmg malas nak panjang cerita. Sebab akibatnya aku akan jadi mangsa perbincangan tersebut. Kena bodoh, lagho, ejen yahudi semua kena kat aku.. Jadi sebagai jalan tengah, aku pekak kan telinga dan layan jelah sembang kencang dorg.

Jadi sampai la ni aku fobia nak sembang politik dgn oghe klate. Aku tunggu dia bukak mulut dulu , klu dah start maki2 hina2 semua, aku akan cari akal utk belah dari situ.

Pernah tringat TITM usulkan 'politik matang dan sejahtera' dlm pru14 dulu....itu duluuuuulah

wallhuaklam
Ana mangsa keadaan
🤣

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.