Mulalah berniaga walaupun di Shopee

BMF 
Jual @shopee. 
Para usahawan kita perlu ada kedai di shopee. Kalau sewa kedai kat luar kurang2 2,3 ribu sebulan, kos ni kira dah tinggi buat kita peniaga kecil ni. Tapi di shopee tiada sewa bulanan pun. Best kan. 


Shopee ni adalah platform utk usahawan menjual di online. Buat masa ni shopee antara platform yg menarik kerana syarat2 ringkas dan selamat. Berbanding platform lain, spt lazada,lelong,mudah dan sebagainya, shopee lebih mudah dikendalikan dan kini ramai pelawat berbanding dulu. 


Aku pun niaga di shopee. Barang tak banyak pun, saja nak tahu rentak permainan di shopee. Di shopee kita boleh bermain dgn keyword. Kira shopee buat untung dgn jual beli keyword. 


Kalau anda ada bujet, bolehlah mencuba taktik ini utk exposekan bisnes anda pada semua. Satu lagi, bila anda berjaya setup kedai anda dishopee, kalau boleh anda tunjukkan bisnes anda itu adalah bisnes org kita. 


Anda boleh letak tajuk produk anda spt 'BMF Bulu ayam jantan warna warni'. Ataupun 'Kedai muslim : Tali pancing awek paling power' .... Maknanya setiap produk anda yg di list kan dlm shopee perlu ada kod / tanda yg bisnes itu org kita punya. Sebab apa saya cadangkan begitu, kerana di shopee org tak tgk sgt rupa produk ke apa..Orang tgk harga. 


Kalau kita nak lawan harga di shopee, mmg kalahlah sebab pengilang pun jual dishopee juga. Jadi dgn letak tanda nama bisnes org kita, insyaAllah para pembeli terutama org islam akan pilih produk kita dr produk pesaing kita disana. 



Mcmana tak tau seller tu muslim or not dishopee? Senang jer. 1- Tengok bahasa apa yg dia guna, biasanya seller org kita akan guna Bhasa Melayu berbanding english/mainderin. 2- Klu semua tulis dlm BM? Tgk gaya bahasa yg digunakan. Kalau non malay ni kita boleh nampak perbezaan gaya bahasanya. 


 Oleh itu, mulalah menjual dishopee. Tak laku pun tak per, janji ada kedai disana dan mulalah letak barang sikit kat situ. 


Tak der produk? Pinjam je produk jiran dulu buat semangat nak niaga. Kalau ada masa sebelum kepasar hari ni, bolehlah lawati kedai aku di shopee spt alamat dibawah.  


Semoga bermanfaat. 
Wallahuaklam  

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.