Andai kalian lapar,ambillah buat keluarga anda

BMf. 
Be Motivate Friend! 
Apa beza peniaga non muslim dan juga muslim.? Beza antara keduanya ada SIFAT QANAAH. Qanaah ini bermakna 'cukup dan syukur' dengan segala ketentuan yg ditentukan olehnya dan tidak berdengki dan khianat terhadap rezeki orang lain.
Andai semua org ada sifat QANAAH ini, dunia insyaAllah akan aman sentosa. Teringat ramai peniaga2 limau mandarin dlm musim raya cina baru2 ni mengeluh.kerana jualan mereka merudum disebabkan kes virus corona yg berlaku ditanah besar china sana. Ada peniaga yg merobohkan premis perniagaan mereka, membaling dan hancurkan limau2 jualan mereka, dan malah menjerit2 kerana modal bisnes mereka hilang krn limau2 yg tidak laku. 
 Ini telah memberi tekanan tinggi buat para peniaga tersebut sehingga sanggup membunuh diri dek kerana bisnes nya tidak mendatangkan hasil seperti yg dikehendaki. Berbeza dgn peniaga kita dan juga peniaga muslim diseluruh dunia. Islam ajar sifat QANAAH ini buat semua ummah agar sentiasa bersangka baik dengan ketentuanNya. 
Aku agak tersentuh dgn penjual limau dibawah ini yg berada di bumi Mesir. Walaupun dia peniaga kecil dan seadanya, tapi jiwa dia besar dan tinggi tahap keimanannya. Entah kenapa air mataku tetiba turun dari kelopak mata. Anda faham apa yg cuba saudara tu cuba sampaikan.? Bawah ini adalah terjemahannya. “Saudaraku yang mulia, jika memang kau tak memiliki wang, janganlah kau merasa segan lantas membiarkan keluargamu tanpa makanan. 
Silalahkan, ambil saja yang kau ingini untuk anak-anakmu dariku. Sungguh rezekiku dan rezekimu itu ada di tangan Allah.“ Bagaimana aku dapat merasai apa yg cuba saudara tu sampaikan? Kerana aku juga biasa berlapar bila tiada wang ..😭😭😭 
Wallahuaklam 
jauh sudah kukembara jom @  
www.dadiydoo.com

No comments

Powered by Blogger.