Benarkah akan bungkus ?


 Negaraku
Siapa yang bungkus dulu?

Kenyataan KJ berkenaan dengan UMNO ini sudah pun dijangka dan kita pun tidak ambil pusing sangat dengan apa yang dikatakan itu. Ini kerana , apa yang diperkatakan itu sebagai manifestasi dari kekecewaan beliau yang dihalang dari meneruskan kerjayanya sebagai orang politik dalam umno.

Kj ini tahu bahawa hanya umno sahaja yang kena dengan jiwanya. Dia berkeinginan utk menguasai umno sepenuhnya sejak bapa mertuanya PAK LAH menjadi PM 5 tempohari. Gelaran budak tingkat 4 yang mengganggu pentadbiran negara begitu sinonim dengan namanya. Semenjak pak lah turun dari takhta, namanya juga tidak kuat bersinar seperti yang dia harapkan.


Hari ini, beliau cuba memberi tekanan kepada bekas partinya dengan kenyataan2 yang negatif seolah2 bekas partinya tidak langsung berjasa kepada negara dan juga dirinya dan keluarganya. Berapa banyak keuntungan yang dia perolehi sejak berkecimpung dalam politik umno selama ini. Jadi menteri, jadi pegawai MP dan sebagainya banyak merubah kehidupan dia dari biasa2 kepada luar biasa.

Cuma orang seperti ini dia tidak istiqamah dalam bersabar. Tidak seperti bossku DSNR yang kita kenal cukup penyabar dan setia dengan parti. Beliau menaiki takhta negara tanpa tunjuk belang seperti KJ ini , setiap peringkat dalam parti beliau harungi dengan penuh kesabaran sehingga Allah takdirkan beliau menjadi PM6 yang penuh wawasan.


KJ bukanlah pemimpin yang idealis yang boleh kita sandarkan harapan. Dia ini adalah seorang yg opportunist ataupun serakah kuasa. Selagi ada jalan kehadapan yang membuatkan dia terus naik , dia akan pergunakan peluang itu sepenuhnya. Andai jalan itu perlu mencerca partinya sendiri beliau pasti akan lakukan dan itulah yang dia lakukan semasa kempen PRU15 lalu semasa bertanding di Sg Buloh.

Kempennya bukan untuk menaikkan jenama parti tapi lebih kepada menaikkan dirinya sendiri. Segala cercaan ditujukan kepada parti sendiri berbanding parti lawan. 'Senap@ngnya' sering ditujukan kepada presiden umno berbanding presiden ppbm mahupun pas dan PH. Inilah sikap 'jahat' KJ yang perlu di perhatikan. Sikap sebegini menjadikan pihak lawan akan mempergunakan dia utk menewaskan partinya sendiri dan itulah yang terhasil daripada keputusan PRU15 lalu.


 UMNO perlu diperkuatkan kembali dengan pemimpin2 yang tahan habuan dan jawatan. Pada ketika umno jatuh tempohari, jika para pemimpin yang ada sekarang ini tidak kuat jiwanya, aku fikir umno akan hanya tinggal bangunan tinggi di ibukota tanpa nama lagi terpahat pada dindingnya.

Pemimpin2 yang opportunist perlu di ajar untuk setia dengan parti berbanding setia kepada orang lain disebabkan imbuhan jawatan dan wang ringgit. Mereka yang serakah ini sentiasa mencari peluang untuk dirinya sendiri dan tidak memperdulikan masa depan parti sendiri. 

Dulu aku tabik juga dengan mereka diatas itu, tapi baru kini aku kenal siapa mereka dan sayonara buat kalian yang berlindung dibalik kata2 dusta yang disajikan kepada kami semua. 

wallahuaklam
Jauh sudah ku telusuri


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.