Kelantan : Berani berubah?


 Negaraku
Keluar dari kebiasaan

Kelantan merupakan sebuah negeri yang unik baik dari segi geografi mahupun rakyatnya. Negeri yang unik ini mempunyai dialect mereka tersendiri yang menjadi perbualan di seluruh negara.

Kelantan diperintah lebih 30 tahun oleh sebuah parti yang menggunakan nama agama sebagai tunjang perjuangannya. Baik buruk islam itu banyak terletak pada sikap para pemimpin mereka dalam menguruskan persepsi besar ini.

Kita lihat, kelantan sejak di pegang oleh pimpinan pas ini, tiada banyak perubahan yang berlaku keatas negeri tersebut. Anak2 muda terpaksa bertempiaran keseluruh negara untuk mencari rezeki. Bukan tiada peluang pekerjaan di sana akan tetapi peluang yang ditawarkan amat terhad dan jumlah gaji yang rendah.


Kalau kita lihat hala tuju negeri kelantan dibawah kepimpinan 'ulamak' kononnya, ia seolah tidak bergerak kemana2. Rakyat yang bermastatutin disana seperti sudah selesa dengan kehidupan yang seadanya dibalik gaya hidup para exco2 kerajaan negeri yang meraih begitu banyak laba sepanjang menjawat jawatan yang diamanahkan.


Jika dibandingkan dengan negeri2 lain yang diperintah oleh parti yang tidak menggunakan nama islam sebagai nama parti, banyak perbezaan yang boleh kita bandingkan. Kita bukan mengagungkan pembangunan sebagai tanda kejayaan sesuatu kerajaan, tetapi kita wajibkan memikirkan kemaslahatan rakyat terutama dalam bab ekonomi agar perut2 rakyat sentiasa berisi.

Bagaimana untuk mengisi perut2 rakyat andai tiada pekerjaan yang ditawarkan buat mereka.?

Rakyat kelantan terutama yang tinggal tetap disana, kalian perlu keluar dari zon selesa yang ditawarkan oleh pimpinan 'ulamak' tersebut. Zon selesa itu bermaksud, kalian tidak lagi boleh selesa dengan hanya mendengar ceramah2 berapi dari para pemimpin mereka yang menggunakan fatwa2 dan dalil2 demi kelangsungan parti sendiri dan bukan utk kebajikan rakyat itu sendiri.


Kepada pihak pas sendiri, perjuangan anda bukan sahaja melambang siapa anda, tapi juga imej islam itu sendiri. Bila kelantan dilihat tidak kemana2 sejak memerintah 30 tahun dulu, sedikit sebanyak orang bukan islam melihat islam itu tidak membawa agenda besar buat negara dan juga negeri. Mereka pasti melihat bahawa adakah islam itu sebegitu lekeh sehingga tiada kemajuan yang dicapai dalam meningkatkan taraf hidup rakyat jelata.

Adakah islam ini sekadar buat fitnah, hina orang yang tidak sebulu, keji , caci dan extreme sambil menggunakan dalil2 demi kepentingan parti sendiri? 


Pas perlukan perubahan minda dan cara fikir yang lebih jauh berbanding hari ini. Selagi presidennya masih orang yang sama, dia akan gunakan pendekatan yang sama yang mungkin terpakai pada zaman itu, iaitu keji caci dan maki musuh2 politik tanpa ada sebarang penawaran terbaik buat rakyat jelata.

Kita amat sayang akan ISLAM yang Allah sampaikan kepada kita dibumi ini, tapi kita tidak membuta tuli sembarangan hanya kerana mereka berjubah berserban dan pandai membaca alquran. Kita perlukan umara yang jauh lagi tinggi ilmunya yang melangkaui kepartian dalam membina ummah buat rakyat Malaysia.

Ayuh Kelantan..
Berani berubah !!! 
Keluar dari zon selesa yang tidak kemana!

wallahuaklam
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.