sponsor

sponsor

Slider

My Youtube Story

Business

Luahan dan perkongsian

KeluargaKu

Agamaku

Jalan-jalan

Sokong Bisnes Saya

Sokong Bisnes Saya
klik pada gambar untuk special deal
» » Kita main animasi plak

Dah lama tak buat video baru sejak puasa tahun ni. BUkan malas nak buat video2 baru, tapi idea tak berapa nak ada , mungkin disebabkan kekangan kewangan dan juga masa. Bukan mudah nak siapkan sesuatu video yang bermaklumat ini sebenarnya. Ianya memerlukan dana dan juga masa serta idea dalam merealisasikan sesebuah video yang menarik dan ada isinya.

Lepas ramadhan masuk syawal pula. Nak beraya pun tak tahu nak kemana disebabkan kekangan kewangan dan masa. Dok terpikir2 nak buat video raya, tapi dah tak boleh nak kemana2, so terpikir apa nak buat lani. Sementara tu pergi belek2 di google cari apa video menarik untuk di buat. Haaaa!!! belajar buat video animasi pun menarik juga.

Jadi terpandang satu web yang bagus untuk belajar buat animasi 2D ni. Nak belajar 3D terus memang mangkor le kata orang perak. So aku pun registerlah pada website ini. Ianya percuma sebulan dan boleh guna semua features dia.

Inilah antara video terawal aku dalam dunia animasi ini. Walaupun diambil dari template didalam web, ianya tetap menarik dan tertarik untuk diedit dan diberi nafas baru.

 klik disini


Jadi jika anda seorang videographer, adalah baik untuk belajar skill baru dalam animasi pula. Walaupun animasi yang powernya tidak semudah yang di sangkakan, tetapi mempelajari yang basic dan pertengahan adalah kewajipan dalam menerka dunia baru.



Ini pula video balik kampong dengan menggunakan applikasi moovly tersebut. Buat masa aku terpaksa gabungkan antara moovly dan juga pinnacle untuk melengkapkan proses sebuah video siap seperti diatas. Ini terutama untuk memasukkan audio bagi clip video diatas.

Banyak sudah video2 dari applikasi moovly yang aku sudah muat naik ke channel youtubeaku sebenarnya. Semakin hari semakin banyak idea boleh dilakukan dengan applikasi ini dan perisiannya agak memudahkan kita membuat sesebuah video yang menarik perhatian penonton.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat juru2 video yang ramai diluar sana. Aku ni beginner lagi sebenarnya dalam animasi, insyaAllah berkat doa dan tekun belajar, Allah akan berikan ilmu ini untuk kita kuasai dimasa hadapan dan dapat memberi manfaat kepada insan2 diluar sana. Ameen.
Be creatives and innovative..
md daud yusri fie

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply