Doa untuk etnik uighur dikejauhan sana

Agamaku.
Sekadar memanjangkan kisah saudara kita dari arah Turkistan Timur (jangan guna nama Xin Jiang sebagai tanda kita benci dengan sikap kerajaan China terhadap rakyat di sana). Kisah yang dipanjangkan ini amat berguna untuk kita ketahui agar dijadikan tauladan bagaimana andai negara ini juga jatuh ditangan wakil2 kominis yang sedang meratah kita tanpa kesian. 
 5 FAKTA ASAS TENTANG ETNIK UYGHUR & XIN JIANG YANG PERLU KITA TAHU . 
1. TANAH YANG DIJAJAH 
 Nama asal Xin Jiang adalah Turkistan Timur. Turkistan Timur adalah antara sebahagian empayar Turkistan yang juga dikenali sebagai Samarkhand. Turkistan Timur adalah antara wilayah terpenting bagi empayar Turkistan kerana kedudukannya yang strategi. Menghubungkan antara Barat dan China. Laluan perdagangan di Turkistan Timur satu ketika dulu memberi kesan yang besar kepada peradaban dan perkembangan Islam di wilayah itu. Islam juga pernah menjadi agama rasmi bagi wilayah itu. Keistimewaan Turkistan Timur umpama Melaka satu ketika dulu. 1844-Turkistan Timur akhirnya jatuh dijajah oleh Empayar Manchu. Nama Turkistan Timur ditukar kepada Xin Jiang yang bermaksud ‘wilayah baru’ . 
1911- wilayah Xin Jiang jatuh ke tangan China apabila Parti Nasionalis China Berjaya menjatuhkan Empayar Manchu. Sebab itu kalua kita tengok muka orang-orang Uyghur, tak sama macam muka orang China. Rupa mereka mirip orang Kazakhtan. Mereka juga ada Bahasa mereka sendiri. Sejarah wilayah Turkistan Timur ini sebenarnya panjang. Banyak kuasa yang berebut untuk ambil dan jajah wilayah itu. . 
2. ETNIK UYGHUR Etnik Uyghur adalah etnik asal yang tinggal di Xin Jiang. Awalnya mereka menganut pelbagai kepercayaan seperti Kristian, Budha, Shaman. Setelah beratus tahun, perubahan menyeluruh berlaku kepada etnik Uyghur di mana akhirnya majority mereka adalah beragama Islam. Ajaran dan budaya Islam termasuk tulisan Arab mula ditekankan. Masya-Allah. Tabarakallah. 
3. USAHA MENGHAPUSKAN ETNIK UYGHUR Penghijrahan kaum Han secara besar-besaran ke Xin Jiang yang akhirnya telah menjadikan populasi mereka 40% dari keseluruhan penduduk Xin Jiang. Ini bertujuan untuk melemahkan kuasa dan suara Uyghur di tanah mereka sendiri, Xin Jiang. Kaum Han juga telah mendominasi sistem sosial di Xinjiang apabila berjaya menguasai ekonomi serta memegang jawatan-jawatan penting di dalam kerajaan dan juga industri. Kes rakyat Xin Jiang tak ubah seperti nasib warga Palestin. Diusir dan dilenyapkan di tanah air sendiri. 
4. USAHA MENGHAPUSKAN GENERASI MUSLIM Selain didera tanpa belas ehsan, diseksa dengan penuh kejam, serta dicabul kehormatan dengan penuh nafsu syaitan, tahanan-tahanan wanita yang berada di dalam kem tahanan juga akan disuntik setiap 10 hari. Mereka sendiri tak tahu apa tujuan dan kesan suntikan itu. Sampailah tahanan-tahanan wanita yang masih muda tidak lagi di datangi haid. Tahanan yang telah bebas pula apabila melakukan pemeriksaan kesihatan telah disahkan mandul. 
5. USAHA MENGHAPUSKAN AJARAN ISLAM Antara larangan kerajaan China terhadap umat Islam di Xin Jiang adalah : - Dilarang berpuasa - Dilarang menamakan anak dengan nama Islam - Dilarang memelihara janggut - Dilarang memakai tudung - Dilarang solat di Masjid kecuali lelaki - Dilarang membaca dan menyimpan al-Quran - perkuburan orang Islam dimusnahkan - perkampungan umat Islam dibakar Selain itu, tahanan di dalam kem tahanan juga dipaksa untuk makan babi, tidak dibenarkan solat, dipaksa untuk memuja pemimpin komunis. 
 Itu antara fakta asas yang perlu kita tahu tentang saudara kita di Xin Jiang. Dan kini, lebih sejuta umat Islam Uyghur telah dipenjara tanpa sebab dan ‘disekolahkan’ dan di'brainwash' dengam fahaman dan kepercayaan Komunis di kem tahanan yang terletak di Xin Jiang. Mereka diseksa dengan pelbagai seksaan yang tak terjangkau dek akal, didera sekejam-kejamnya tanpa sedikit rasa belas kasihan. Tubuh mereka juga dibelah hidup-hidup untuk mengambil organ di dalam badan mereka untuk dijual ke pasaran gelap. 
Sungguh! Iman, akidah dan diri mereka sedang diuji dengan ujian yang maha dasyat! Sedangkan kita di sini, seakan tidak menghargai nikmat iman dan islam yang telah Allah berikan. Ya Allah, kau berikanlah jalan keluar dan kemenangan buat saudara kami di Xin Jiang. اللهم انصر الاسلام والمسلمين. امين. 
Teruskan membaca dan mengambil tahu tentang nasib saudara kita di Xin Jiang. Teruskan membela, bersuara dan berdoa untuk umat Islam di Xin Jiang! Semoga mereka dan kita sentiasa thabat dalam iman. Semoga syurga buat kita & mereka. Aminn.. . 
Wallahua'lam. . 
Nur Shazareen Solidariti buat Uyghur 
PS: Tapi menteri agama kita yang sangat jahil mengatakan bahawa kes tahanan uighur itu palsu dan direka2... Sedangkan satu dunia mengecamnya , takkan satu dunia berbohong dan mujahid pulak yang cakap benar... Ini yang susahnya bila menteri melayu islam tapi jiwa kominis dap ... 
wallahuaklam 
jauh sudah ku terkenang  
www.dadiydoo.com

No comments

Powered by Blogger.