Harta pusaka or Puaka?

Negaraku 
Harta keluarga kini milik orang lain. Antara masalah utama keluarga kita ditanah malaya ini adalah berebut harta pusaka yang ditinggalkan oleh ibu ayah kita setelah kematian mereka. Harta sekangkang kera direbut oleh 5,6 orang anak yang tidak pernah bersetuju untuk membahagikannya mengikut sistem faraid islam terutama dipihak anak2 perempuan. 
Itu sudahlah satu hal yang memeningkan, yang lagi memeningkan adalah harta pusaka terutama tanah2 yang ditinggalkan tergadai begitu sahaja kepada bangsa mendatang disebabkan kita mengambil jalan mudah utk membahagikan harta sesama adik2 beradik. Cerita ini bukan cerita orang lain, kisah ini juga terjadi dalam keluarga aku juga. 
Bagaimana untuk selesaikan satu2 masalah harta pusaka, dan tidak mahu pening kepala, lalu jalannya adalah dijual tanah2 tersebut. Duitnya hasil jualan dibahagikan sesama ahli berhak mereka. Tanah yg diusahakan oleh ibu ayah kita itu beralih tangan kepada selalunya cina2 yang membeli. Orang cina memang menanti saat2 ini untuk membeli tanah2 orang melayu terutama yang bermasalah adik beradik begini. Dan perlahan2 tanah2 di kg2 kita itu bertukar tangan dari orang kita kepada orang luar. 
Tahukah anda , ada satu tempat di perak yang bernama Pasir Berdamar, nama Pasir Berdamar bukan nama cina beb, nama klasik melayu tapi penghuni kawasan itu majoritinya adalah orang cina. Semua tanah2 disitu sebahagian besarnya dijual oleh org2 kita kpd cina utk mendapatkan wang segera. 
Ketahuilah bahawa, bangsa mendatang ini sekali dia dapat tanah itu, selamanya dia tidak akan jual pada kita lagi. Dia akan buat bisnes atas tanah itu dan perlahan2 membesar2 sehingga luas tanah yang 'dijajahnya' hanya dengan membeli2 tanah2 yang datang bergolek dari keluarga masalah orang melayu. Ingatlah kawan2 semua, tanah pusaka itu wajib kita pertahankan. Janganlah berebut tanah sesama adik beradik, kalian jualnya kepada orang luar. 
Andai ada 5 adik beradik yang berhak, lalu dijual tanah tersebut, seorang dapat sikit dan yang untungnya adalah tokey yang beli tanah tersebut.Dengan tanah itu akhirnya tokey itu jadi kaya dan beli lagi tanah2 kampong disekitarnya. Mari lah kita berubah cara urus tanah2 pusaka yang ditinggalkan oleh kedua orang tua kita. Dari bergaduh berebut tanah, adalah lebih baik kita jadikan tanah itu sebagai tapak untuk adik beradik berkongsi modal buat perniagaan seperti buat tanaman kontan, buka kedai dan sebagainya.
Dari bisnes yang tercipta dari tanah tersebut, bahagikan hasilnya mengikut persetujuan sesama kita. Kan cantik jadinya dan hubungan adik beradik jadi baik dan tanah pusaka tidak terlepas ketangan orang lain. Andai anda terpaksa juga menjual tanah tersebut atas sebab2 tertentu, maka seeloknya carilah pembeli dari kalangan orang2 kita, lagi elok jika dapat dijual kepada adik2 beradik kita yang mampu dan hasilnya difaraidkan sesama kita. 
Kita tidak mahu tanah2 ini semakin hari semakin hilang disebabkan kebodohan kita dalam mengurus harta pusaka ayah ibu kita yang membanting keringat untuk mendapatkannya dan membesarkan kita hasil dari berbudi pada tanah itu. Apapun alasan yang kita cipta untuk menjual tanah pusaka itu, pastinya tanah itu tidak akan anda dapat kembali. Duit hasil jualan itu semakin hari semakin susut dan akhirnya habis begitu sahaja. 
Tanah hilang duit pun terbang. Semoga perkongsian ini ada manfaat untuk semua. 
Adakah ini juga terjadi dalam keluarga anda? 
wallahuaklam 
Jauh sudah kukehilangan  
www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.