Cuti sekolah datang lagi | khatan untuk anak2



BMF 
Berkhatan Muslim Klinik First 

Cuti sekolah kini bermula, pelbagai rancangan dan aktiviti sedang dan akan dirancang oleh keluarga masing2 demi untuk memenuhi jadual percutian anak2 tahun ini. Dan yang pasti akan ada acara tahunan yang akan berlangsung iaitu acara berkhatan buat anak2 yang meningkat usia mereka. 

Berkhatan ini adalah satu kewajipan buat lelaki agar sentiasa bersih dalam menunaikan ibadah kepada Allah swt. Bila sebut berkhatan ni teringat zaman anak saya ketika dia kecil dahulu. Beria2 dia nak berkhatan sedangkan anak2 yg lain lari lintang pukang takut berjumpa doktor / tok mudim waktu hendak di khatankan. 


Jadi kita sebagai ibubapa kenalah bersedia untuk mengkhatankan anak2 kita demi tuntutan agama suci ini. Dulu , setelah didesak oleh anak ni untuk berkhatan, kami pun pergi berjumpa dengan doktor yang pernah menyambutnya semasa bayi dahulu. Doktor ini adalah doktor melayu di sekitar damansara damai dan mempunyai kliniknya sendiri. 

Ada banyak cara untuk berkhatan ni. Abg2 dia dulu kami gunakan cara CLAMP, ianya mudah dah tidak sakit serta senang menjaganya selepas berkhatan. Manakala adiknya yang ini menggunakan teknik biasa seperti yang biasa dilakukan ketika kita kecil dahulu. 

Untuk itu, jika anda ada berhajat untuk melakukan ibadah berkhatan ini, pastikan anda cari doktor dari kalangan orang kita. Kerana apa? kerana hanya orang islam sahaja yang tahu apa erti suci dalam beribadah. 

 Ramai para doktor bukan muslim juga mampu melakukan proses berkhatan ini tapi mereka sekadar melakukan yang perlu tanpa mereka ketahui apa disebalik ibadah khatan/khitan ini.  

Kepada anak2 semua, selamat menempoh alam remaja dan jadilah anak2 yang taat pada ayah dan ibu serta paling penting taat kepada agama islam ini sampai keakhir hayat anda. Mana anak2 anda berkhatan tahun ini? 

wallahuaklam 
jauh sudah kuselami 
www.dadiydoo.com

No comments

Powered by Blogger.