Jom meniaga! dan jadi kaya

Jom Niaga. 
Hari ni dapat notifikasi dari shopee ada insan tempah 3 unit bekas lingkaran nyamok ini. Alhamdulillah. Rezeki Allah diberi bila tiba masanya. Rasanya dah hampir 30 unit bekas lingkaran ni terjual di shopee. Tak perlu nak promote gegila, letak je barang di shopee,dan lepastu buat je kerja anda yang lain. 
 
 
Mudah sebenarnya niaga di shopee ni. Ini terutama buat kaum hawa yang ingin duduk dirumah sambil2 buat duit. Kepandaian anda menganyam kopiah anak2 adalah produk yang amat di cari oleh orang ramai. Sambil2 buai anak dlm buaian tu, anyam sikit kopiah, dan pastu letak dikedai shopee anda. InsyaAllah adalah insan diluar sana akan minat dan beli produk anda. 
 
 
Kita kena pupuk budaya niaga ni kpd ahli keluarga kita. Jika malu niaga secara offline, mulakan niat itu dgn online dulu. Sikit2 kita bina keyakinan kita agar ilmu niaga ni boleh kita wariskan pada anak2 pula. Tak semua anak2 kita boleh jadi Nabil rajà lawak ataupun mawi AF yg boleh kaya dgn jual bakat. 
 
 
Hanya dgn berniaga kecil2 online mcmni shj yg mampu kita lakukan utk generasi kita akan datang. Pagi ni aku tersentuh dgn sebuah video di FB berkisah dgn adik affendi yang menjual kuih2 masakkan ibunya dgn mengayuh basikal pusing taman2 sambil melaung2 "kuih kuih kuih". Adik ni hanya mengambil upah rm3 dr ibunya demi membantu jualan kuih2 tersebut. 
 
 
Dia berkata ' kalau hujan, biar dia yang basah asalkan kuih2nya tidak basah'. Jadi kita jgn sedih dgn kisah adik affendi ni. Ini adalah latihan mindset yang hebat yang berjaya di asuh oleh org tuanya. Kita jgn pandang lekeh usaha adik ini tapi kita harus tabik kerana dia berjaya tukar budaya malu2 kpd sikap ingin tempoh ujian mencari kejayaan. (cari video tersebut di Fb dgn kata kunci adik affendi jual kuih). 
 
 
Anak2 kita pun tak mampu lakukan sebegitu. Anak2 kita (termasuk anak2 aku) hanya pandai main henpon disebabkan kita yang malas nak layan bising dorg itu. Jom kita ubah landscape mindset kita dari anggap niaga ni sebab tak dpt kerja tetap, kepada berniaga dahulu sampai lebam dan kalau tak boleh juga baru cari kerja tetap. Kalau tak pandai niaga di shopee boleh baca2 dulu taktik dan teknik di link bawah ini.
 
 
 
Jom niaga wallahiaklam 
Jauh sudah kukembara 
adab2 ber ziarah di laman web orang @  
www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.