Bagi otak bergerak sikit dengan soalan marketing

BMF Jom belajar marketing. Pagi ni kita perah minda kita semua utk bantu Najib (bukan nama sebenar) bagaimana dia hendak teruskan perniagaannya. Senarionya: Najib seorang penjual aiskrim dgn motornya dikampong pening lalat. Hanya Najib sorg sahaja yang mundar mandir di kg tersebut sambil melaung aiskrim! aiskrim! Najib menjual aiskrimnya dgn harga rm1 satu kon.Orang kg amat mengenali Najib sebagai seorg penjual aiskrim. Income Najib cukuplah untuk menampong keluarganya. Pada suatu hari, datang pula si Mujahid (bukan nama sebenar) menjual aiskrim yang sama di kampong tersebut. Tapi mujahid jual aiskrimnya dgn harga rm0.80 satu kon murah 20 sen dari Najib. Najib sudah pening kepala, ini sudah mengancam bisnes aiskrimnya yang sudah bertapak lama disini. Apa perlu Najib buat untuk kekal bersaing dan pendapatannya tidak terjejas disebabkan mujahid yang mula menjual aiskrim yang sama lebih murah? Sila beri pendapat bagaimana anda ditempat Najib boleh lakukan demi kelangsungan perniagaannya. Sila kongsi skill marketing anda dibawah ini. Mana tau idea marketing lawak anda itu memberi manfaat kepada peniaga2 kecil yang ada disini yg mungkin mereka tak terpikir akan dia selama ini Aku pun xder idea yg kuat utk situasi sebegini. wallahiaklam jauh sudah kumelengung www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.