Naper bior semak?

Tanah kita
 Jangan digadai tanah pusaka kita yang amat berharga.


Pesan ini adalah pesan untuk diriku jua. Tanah yang kita ada itu bukan dapat secara percuma. Tapi ianya adalah warisan nenek moyang kita yang bersusah payah untuk mendapatkannya kerana mereka sentiasa memikir apakah ada ruang buat mereka bila nenek moyang kita sudah pergi.


Jagalah tanah ini sebaik2nya. Fikirkan apa jalannya agar tanah itu tidak di ambil oleh orang luar yang akhirnya akan menjadikan kita merempat dibumi sendiri.


Carilah peluang dan ruang bagaimana tanah2 pusaka itu mampu menghasilkan pendapatan buat keluarga dan generasi akan datang. Rumah pusaka ayah bonda dikampong itu jangan dibiarkan usang tanpa pengawasan. Buatlah sesuatu agar kenangan bersama mereka tetap mekar dalam ingatan.


Jika kalian tiada ilham apa yang harus dilakukan pada rumah pusaka dikampong sana, berpakat2 lah dengan adik beradik untuk jadikan rumah itu sebagai homestay dan jadikan ianya sebuah percutian yang menarik untuk para pengunjung.


Bagaimana hendak memulakannya.? Jika perlukan nasihat pakar, mungkin ilmu itu boleh di gali daripada insan2 yang berpengalaman seperti pada imej dibawah (klik imej bawah ini untuk membuka minda bagaimana untuk mempelajari ilmu yang menguntungkan ini)



Tidak rugi melabur dalam mendapatkan ilmu yang bermanfaat ini kerana hasilnya kita mampu terokai bidang yang lebih menguntungkan. Tak perlu ke kelas2 yang mahal, kerana ilmu yang dikongsi adalah lebih kurang sama sahaja isinya.

Natijahnya adalah, pegang tanah pusaka itu sekuat2nya dan jangan lah dijual begitu sahaja konon tidak mahu pening memikirkan siapa yang dapat itu dan ini. Bergabunglah bersama adik beradik untuk majukan tanah itu bersama2. InsyaAllah jika semuanya sama haluan, maka sama2 dapat habuan.


Dibawah ini juga terdapat beberapa cadangan untuk memajukan tanah pusaka orang tua di kampong agar tanah itu tetap memberi hasil buat generasi kita kini dan akan datang.




Teringat kata2 dalam lirik satu lagu yang pernah didengari
seperti dalam video bawah ini. Liriknya amat mendalam tentang bagaimana kita wajib untuk jaga warisan nenek moyang kita ini.




Semoga perkongsian ini memberi sedikit idea bagaimana harus tanah2 pusaka itu dapat dibangunkan. insyaAllah


wallahuaklam
Jauh sudah ku berpesan

No comments

Powered by Blogger.