Carilah yang suci lagi diberkati

Pepagi ni di subang jaya hujan lebat. Kuyup sedikit merempoh hujan antar anak kesekolah. Musim lani dah tak menentu,kalau panas, panas sungguh. Kalau hujan, lebat sungguh. Dunia dah masuk fasa tua dah ni. 
 
 
Mcm2 penyakit semakin berleluasa. Sementelah masih ada nyawa ni, marilah kita muhasabah diri kita dan bisnes kita. Dan kita sebagai pengguna ni, selain dr membeli produk siap halalan thoiyibban, tpt makan yakni restoran mahupun kedai makan wajiblah bersih dan diredhai tptnya. 
 
 
Selama ini kita tak pernah ambil tahu kedai makan itu pekerjanya bersolat ataupun tidak. Apa yg kita fikir adalah, kedai melayu sudah. Sedangkan kedai non muslim korang lantak baikknya, setakat kedai melayu kira halal la tu. Ye betul halal dan suci, tapi ketahuilah bahawa ,memakan makanan yg dimasak oleh org yg tidak bersolat/tidak pernah bersolat ibarat memakan najis anjing hitam. 
 
 
Berat tu natijah dari tidak bersolatkan baik buat kita dan juga buat peniaga2 semua. Utk perhatian diri ini dan juga rakan2 yg aku cintai, pilihlah kedai yg betul2 diberkati. Kerana makanan itu membentuk kelakuan kita dan anak2 kita. Kalau tokey dan pekerja pun tidak menutup aurat, apatah lagi tidak bersolat, maka sebarkan dakwah buat mereka agar kebaikkan itu dpt dirasa bersama. 
 
 
Kalau anda suka makan dikedai non-muslim, fikirkan kembali.Sedangkan kedai muslim tak bersolat pun ibarat makan dr air kencing kucing hitam, bagaimana pula makan dikedai yg langsung tak tahu apa itu solat dan siapa itu Allah. 
 
 
Kerana itulah virus corona menyerang siapa yg suka makan benda yg Allah tak izinkan makan spt kisah di Wuhan sana. Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu aku. 
 
wallahuaklam

No comments

Powered by Blogger.