Usahawan ini sedang menakluk pasaran negara.




BMF
Syukur Alhamdulillah, aku mendapat jemputan dari seorang usahawan orang kita yang mempunyai sebuah perniagaan yang cukup membanggakan bangsa kita di negara ini.




Selama ini kita cukup sinonim dengan perniagaan berasaskan makanan oleh orang kita dan jarang2 ada perniagaan besar yang menjurus kepada produk-produk selain dari itu.

Kali ini, pertemuan yang diaturkan oleh Allah ini telah menyerlahkan bahawa ada dikalangan kita yang mampu lahirkan sebuah perniagaan tilam dan katil yang besar dan menjadi antara pembekal utama dalam krisis covid19 baru2 ini.

En Hairun Salim, tuan punya syarikat Fuzi Dream Furniture Industries sdn bhd sudi berkongsi kejayaan perniagaan pembuatan tilam dan katilnya kepada kita di channel modayu73 ini.

Video diatas ada perincian perjalanan perniagaannya selama ini dan kini sedang menempa kejayaan demi kejayaan yang diusahakan bersama keluarganya yang tersayang.

Untuk melihat lebih lanjut produk2 jualaannya, boleh layarai laman sesawangnya di 



Semoga perniagaan saudara kita ini diberi kejayaan yang lebih besar dalam membangunkan usahawan2 kita dipersada dunia.InsyaAllah.

wallahuaklam

ps: Antara kejayaan besar syarikat beliau adalah, mereka merupakan pembekal utama katil dan tilam kepada MAEPS Serdang yang dijadikan pusat kuarantin sementara covid19 baru2 ini. Tahniah.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.