Bila tersalah pilih kawan.

Negaraku.
Bila tersalah pilih kawan.
Tertengok satu video berita di laman web berkenaan dengan kes penyeludupan manusia. Pegawai itu beritahu kejadian berlaku di Hutan Melintang Perak. Aku terkejut kerana, kejadian berlaku di kampong aku ini. Siapa pula yang melakukannya lagi?



 Aku dengar satu2 apa yang tuan huzir perkatakan perkara itu, bila dia sebut GENG HALIM, aku pun terfikir, takkan halim tu buat lagi? Aku cuba dapatkan kepastian dari kawan2 di HM sana, dan sah halim yang sama melakukan perkara tersebut.

Aku nak simpati ker nak kata padan muka ke aku pun tak pasti. Dia ni dulunya kawan sekampong. Lepak tepi sungai petang2 sambil borak2 kisah lama. Tup2 4,5 tahun lepas dengar kena buang daerah kerana terlibat dalam kes bawa masuk pati.

Setelah dia habis tempohnya, dengar dia pulang kekampong halaman. Aku pun lama tak jumpa dia dan tak tahu apa cerita terkini dia. Tup2 dengar tuan huzir kata penjenayah terbesar Geng Halim di HM ditangkap. Aikk!!! dia buat lagi ke ? Tak serik2 ker kawan sorang tu.

Inilah bahananya tersalah pilih kawan.dari seorang yang boleh dikatakan senang berkawan dan mudah ajak berborak, akhirnya menjadi ketua geng seludup manusia pula. Geng ni pun yang biasa kita ketahui geng 5,6 line nikan.


 Aku selalu pesan pada kawan dan juga saudaramara terdekat, tak perlulah join group2 merapu mcmtu. Aku tengok geng2 ni bukan menuju kearah masjid, tapi kearah kehancuran jer..


Jaga anak2 kita dari gejala yang tidak baik ini. Biarlah miskin tapi rezeki kita wajiblah dari sumber yang halal. Carilah kawan yang membawa kita ke syurga dan bukan kawan yang membawa kita keneraka.


wallahuaklam
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.