Jemaah yang berdisiplin tinggi dan mudah mengikut kata!


 

  Throwback

Jemaahku Tabligh dari kacamata seorang doktor.. ---------------------------------------------------------------------- 

NASIB BAIK PANDEMIK COVID DI MALAYSIA NI TERCETUS DARI CLUSTER TABLIGH. Seorang Doktor yang bukan dari Jamaah Tabligh dan bekerja keras dengan penuh kepenatan dari Pusat Kuarantin Covid 19 menceritakan... 

 

Cerita Saya nak cakap sedikit pasal Jemaah Tabligh. Umum tahu, kluster paling banyak pesakit COVID19 termasuk yang meninggal dunia adalah dari gerakan dakwah yang satu ini. Tapi sedarkah kita, adalah rahmat Allah untuk kita, wabak ini bermula dari kelompok mereka. Kita tahu pandemik ini tidak dapat dihalang. Cuma dapat dibendung. 

 

Meskipun ada beberapa individu yang degil, tapi majoriti dari mereka patuh dan taat. Ini kerana mereka adalah orang orang baik atau sedang dalam proses menjadi baik. Ciri mereka yang suka berpakaian jubah/kurta beserban/kopiah, berjanggut, dan konsisten terhadap hal tersebut membuatkan mereka mudah dikesan dan dikenal pasti. Mereka tak ada organisasi khusus tapi setiap perwakilan mengikut kawasan sewaktu ijtimak ada Penanggungjawab atau Amir yang tahu siapa siapa sahaja yang ada.

 

Siapa pernah pergi Masjid Sri Petaling akan tahu majoriti dari jemaah terutama sewaktu ijtimak adalah yang memang dah terlibat dengan gerakan tersebut. Selain dari susah nak parking, waktu solat mereka dimulakan juga lambat sedikit kerana nak tunggu sebahagian besar jemaah bersiap wuduk dan sebagainya. Ya lah, kalau mereka buat ziarah pun majoriti buat buat tak ada di rumah, inikan pula nak datang saja saja kesana. 

 

Gerakan mereka tidak sukakan konfrontasi, kalau ada surau/masjid yang tidak membenarkan mereka melakukan aktiviti, mereka akan mengalah. Sebab itu kita tidak mendengar pengikut mereka bahkan yang tidak mahu mengikut saranan/himbauan KKM melawan menggunakan kekerasan. Mereka sangat disiplin bab solat di surau dan masjid, tetapi yang degil solat jemaah setelah larangan bukan dari kelompok mereka pun. 

 

Padahal aktiviti di masjid dan surau adalah "Bread & Butter" gerakan mereka kot (sepatutnya semua orang Islam juga). Bayangkan jika Allah jadikan jalan masuk COVID19 ini di sebuah Konsert besar, didalam sebuah Kelab Malam. Dan itu sangatlah mungkin, bukan..? Bagaimana kita nak kesan mereka..? Dengan stigma yang ada, kalau disuruh hadir untuk "screening" berapa peratus sahaja yang mungkin muncul...? 

 

Yang terlibat pun tak terlihat dari luar karakter mereka. Kalau kita kesan dan datang ke rumah rumah mereka, tak boleh bayang berapa ramai yang akan melawan atas dasar tak ada undang undang. Dan kalau kita amati, perhimpunan besar selepas COVID19 kecoh bukan hanya di Masjid Sri Petaling sahaja. 

 

Jadi sekali lagi, musibah yang terjadi kepada kelompok mereka adalah juga rahmah disebalik musibah untuk kita semua. Things could've be far worse. Be objective.. Kita hanya nak mereka tampil sebab itu punca awal gelombang pertama dan seterusnya. Supaya mudah kerja kita nak mengenal pasti penyebaran dan seterusnya membendungnya. Itu sahaja. 

 

 Usah disentuh kerja dakwah mereka. Usah dihentam seolah olah tidak ada kebaikan langsung pada diri mereka. Usahlah 'generalise'kan gerakan mereka hanya kerana kekeliruan sebahagian kecil dari mereka. Buat ahli Jemaah Tabligh yang sedang diuji, semoga diberikan kesembuhan sempurna. Masukkan kami semua, rakyat Malaysia dalam Doa doa kalian, okay? 

 

Semoga Allah mengampuni kita semua. 

Doktor Bukan Jemaah Tabligh. 

 

wallahuaklam 

jauh sudah kukembara 

 http://www.dadiydoo.com

No comments

Powered by Blogger.