Gaji pun kabinet tak nak ambik!


 

  Throwback

Negaraku. 

Allahurabbi, terharu membaca kenyataan media perdana menteri dibawah ini dan dok terfikir bagaimana kesatuan jemaah menteri dalam menangani wabak covid19 ni. Bayangkan jemaah menteri dari PN ni selain dari pening untuk fikirkan wabak ini, mereka juga turut memikirkan bagaimana untuk meringankan beban rakyat dikala ini.

 

Dahulu kita pernah dengar TABUNG HARAPAN yang dipropagandakan oleh PH konon untuk membantu kerajaan dalam membayar hutang negara yang ditipu konon melebihi 1 trillionnnn . Kini kerajaan PH pun sudah tenggelam dalam laut hilang bersama dengan duit kutipan hampir ratusan juta jumlahnya. Kesian kepada kanak2 yang pecah tabung demi untuk menyumbang kedalam tabung harapan, kalau kanak2 tu tahu begini jadinya baik dia beli Xbox lagi baguskan..

 

Kesian kena tapaw dgn dap. Juga ada satu mamat PAN iaitu abg lid pernah menyuarakan isu bab gaji yang dipotong sebanyak 10%. Dia cukup marah bila ada ura2 hendak dipotong lagi gaji menterinya ketika dia senang bertugas dahulu. Dia pernah kata potongan 10% itu sudah cukup banyak dan dia juga perlukan wang gaji besar itu untuk survival dia sendiri. 

 

LAni apa gaji dan pencen pun takder,...huhu Itulah bezanya menteri PH dengan menteri PN. Kalaulah menteri PH masih berkuasa, Apakah pula tindakkan mereka ketika inikan. Suruh perintah berkurung pun tak mau, kerajaan buat mcm2 tindakan untuk kepentingan rakyat pun tak setuju. Akhirnya orang2 dalam PH ni hanya sekadar KUAH sahaja tanpa ada isi lauknya. 

 

Baik dari bangsa cina, melayu,india dan sebagainya yg duduk dlm PH, semuanya tiada agenda negara. Mereka sekadar memikirkan apa yang perlu dijual dan dijual sampai langsai. Kepada TSMY dan kabinetnya,kalian memang Allah takdirkan untuk hadapi wabak ini dikala memerintah. Allah tau hanya kalian dan pasukkan kalian sahaja yang mampu untuk hadapi ujian ini berbanding dengan pasukkan daripada PH itu. 

 

INi kerana ALLAH pernah berkata mafhumnya " Tidak aku uji seseorang itu melainkan apa yang dia mampu menanggungnya". Aku juga tersentuh bilamana TSMY membaca doa untuk rakyat negara ini. Doanya dengan ayat2 yang dilontarkan itu menusuk kalbu dan pesanannya lebih seperti pesanan seorang kepada anak2nya. 

 

 Semoga Allah merahmati kerajaan kita ini dan mampu memacu negara ini lebih jauh kehadapan insyaAllah. 

 

wallahuaklam 

jauh sudah kukembara 

 http://www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.