BMF | Masjid alfalah dah ada mart sendiri beb..Jom ..


Bmf 
Hari tu buat lawatan ke kedai muslim mart di masjid taipan ( al falah) usj9 subang jaya. 

Borak2 dgn staff disitu berkenaan produk jualan mereka di mart comel mereka itu. 

"Kami ada jual produk ayam segar yg disejukbekukan, dikeluarkan oleh pihak PPNJ". Beritahu gadis itu. 
" PPNJ? Siapa ppnj tu dik?". Tanya aku sebab kurang pengetahuan dlm hal ni. 
"ppnj ni pertubuhan perternak negeri johor, so ayam2 ni semua mereka yang supplykan disini". Jawab adik tu dengan mengeluarkan sebungkus sample ayam yg siap dipotong. 

 "Ayam ni dijamin halal, selamat dimakan dan proses penyembelihan yg patuh syariah serta dipercayai" sambung adik tu sampai aku pun terdiam mengerti. 
 "Mana nak dapat ayam2 yg dibekalkan oleh ppnj selain dari mart adik ni". Aku mula terbayang keenakkan ayam ppnj yg diternak sendiri, diproses dan dijual oleh pihak mereka. 

 "Biasanya ada dijual dipasaraya2 terpilih dan juga toko2 muslim diseluruh negara". Balas adik tu sambil aku bayar sebungkus ayam ppnj utk makan malam aku bersama keluarga pada malam esok. 

"Pandai adik ni bermuamalat dgn pelanggan yea, mesti pengurusan masjid ni suka adik bertugas disinikan". Aku cuba memancing perhatiannya agar sentiasa mesra dgn pelanggan. 

Kerana sebaik mana produk kita,kalau pelanggan tak suka cara layanan kita,maka sukarlah kita nak jual produk2. 
"Takderla encik, mana yg saya tahu ,saya akan terangkan... terimaKasih encik berurusan disini,dtg lagi yea". 

Beritahu adik itu bila aku mula meninggalkn premis merek. "Kalaulah semua premis perniagaan org kita ada SOP mesra sebegitu, aku rasa ayam2 ppnj dlm peti ais tu sekejap je habis diborong jemaah dr kariah aku dipuchong sana terutama hj syukri yg lama menduda.kikiki.." Bisik hati aku ... 

Kita ada banyak pilihan utk ayam bersih dan halal. Kalian boleh bawa hasil ayam ppnj ini utk dijual ditempat anda diseluruh negara. Mana tau strategi ni mampu mengangkat industri ayam org kita kesatu tahap yg lebih tinggi. 

 Wallahuaklam 
Jauh sudah kukembara 
Www.dadiydoo.com


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.