HAti-hati melihat tarikh luput produk ini

Bmf 
Semalam jln2 di mydin subang jaya. Perut terasa nak makan roti disapu marjerin. Lalu aku pun ke bahagian barangan dapor. "Ada banyak jenama marjerin rupanya disini". Bisik hati aku lalu membelek2 dirak marjerin tersebut. 

 "Yang ni paling murah rasanya,rm3.50 je sepack". Aku pun belek2 bungkusan jenama crispo tersebut. " ni jenama siapa punya erk, org kita ker tidak". Aku tengok pula jenama pelangi disebelahnya. 

"Wow ni jenama felda, bagus ni, tapi harga dia kenapa mahal rm1 dr crispo ni". Aku pun belek2 dua2 jenama ni. Lama juga membeleknya utk mencari kenapa harga sgt berbeza. 

 "Arghhh patutla crispo ni murah, dah nak expired lagi 2 bulan". Tapi yg pelangi ni expiry date dia lagi setahun lebih. 

"Nasib baik aku cek dulu, kalau tidak marjerin murah ni nanti berkulat kat rumah aku". 

Itulah antara kisah2 kenapa terkadang harga produk2 mereka dijual murah dr produk org kita. Jadi kita sebagai pengguna kena bijak dan kena lebih teliti apabila membeli produk2 makanan ni. Tak semestinya barang mereka murah itu kerana nak lawan produk kita tp kerana dah nak luput tarikh sesuai dimakan. 

"Malamni makan marjerin pelangi la kita yea anak2. Halal lagi suci dan dpt bantu pelandang2 org kita di felda2 sana insyaAllah". Kata aku pd anak2 walaupun dorg tak faham apa yg aku cuba sampaikan. 

Hati2 yea ketika memilih barangan dibeli.Cek tarikh luput sebelum masuk kedalam troli. 

 Wallahuaklam 
Jauh sudah kutenungi 
Www.dadiydoo.com

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.