Ini pesan raja haji fisabillah

BMF 
Bumi Melayu Fisabilillah Ini warkah bukan aku tulis, tapi disalin semula dari penulis asalnya yang ingin kita tahu akan perjuangan nenek moyang kita dahulu yang bergadai nyawa agar tanah ini tidak disyirikkan oleh bangsa mendatang. Buka lah hati bacalah dengan iman disanubari. 



Bangsaku | Mereka sedang dibarisan hadapan negara.


InsyaAllah anda akan faham kenapa kita wajib teruskan jihad kita ini. WARKAH WASIAT RAJA HAJI FISABILILLAH KEPADA SELURUH BANGSA MELAYU (1784M) SEGALA puji bagi Allah dan selawat salam ke atas Nabi serta keluarganya sekalian. Ke hadrat umat Melayu di seluruh dunia. Wa ba’du, maka inilah warkah daripada Raja Haji yang fakir lagi hina di depan Allah Taala. 



Demi malaikat yang menjadi saksi, demi pena yang melarikkan wacana dan demi lembaran yang menjadi wahana. Ketahuilah olehmu wahai umat Melayu, peperangan ini bukanlah peperangan orang-orang Bugis. Tetapi ini adalah peperangan untuk mengembalikan maruah dan kehormatan sekalian diri orang-orang Melayu yang telah dipijak-pijak oleh penjajah Belanda laknatullah. 



Akan tetapi Belanda itu telah mencanangkan bahawa aku dan sekalian orang Bugis tidak berpuas hati dengan pengagihan hasil rampasan tembakau dari Kapal Betsy kepunyaan Perancis yang menceroboh Selat Melaka itu. Adapun kita adalah orang-orang Melayu yang beriman kepada Allah Taala juga menyakini bahawa peristiwa itu hanyalah asbab yang telah menyatukan orang-orang Melayu dari Teluk Ketapang, Selangor, Rembau dan dari Batang Tiga untuk menghambat Belanda keluar dari Punggor, Duyung, Pernu, Semabok, Ujung Pasir, Bunga Raya, Bandar Hilir, Bukit Cina, Tanjung Keling dan Tengkera sebelum kita berkubu di Teluk Ketapang. 







Orang Serani, Cina dan India turut bergabung dengan kita dalam peperangan ini. Kini Gabenor Belanda menjadi seperti tikus dikejar naga berkubu di Kota Melaka. Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja. Yakni dengan kata lain, peperangan ini adalah untuk mengembalikan tanah, udara, air dan laut yang telah dirampas oleh penjajah kepada orang-orang Melayu yang sudah beratus tahun membina kehidupan, membina kota dan pelabuhan di tanah air ini. 
 

Jikalau terdapat satu pun kampung, daerah, kota dan pelabuhan yang terbakar dan ditawan oleh penjajah, maka seluruh orang Melayu di seluruh kampung, daerah, kota dan pelabuhan wajiblah bangun menentang dan menghalau mereka. 



Sesungguhnya orang-orang Melayu itu bersaudara dan kita tidak akan kalah dalam mana-mana peperangan pun, jika kita bersatu padu di jalan Allah. Maka pada hari ini, tanggal 19 Rejab 1198 Hijrah bersamaan dengan 17 Jun 1784, di Tanjung Palas Teluk Ketapang inilah warkah yang tertulis. Warkah ini kutulis di atas sejadah, mengadap kiblat dalam keadaan berwuduk setelah selesai solat dan doa panjang untuk sekalian umat Melayu. 



Al-Quran di sebelah kananku. Kitab Dalilul Khairat di sebelah kiriku. Badik pusaka di pinggangku. ..... warkah ini ada lagi 3/4 yang perlu anda baca. Kerana di ruang komuniti ini , pihak youtube tidak membenarkan utk warkah di tulis panjang. Bolehlah habiskan bacaan di facebook page MODAYU73... 




Begitulah kasihnya generasi kita dulu2 pada bangsa kita ini dari keturunan mereka juga. Mereka sehabis mungkin tidak mahu tanah ini di kuasai orang luar sehingga mengancam agama islam kita yang menjadi tunjang muafakat kita dinusantara. Siapa pernah solat di masjid Raja Haji Fisabilillah Cyberjaya.? Bestkan masjid tu, sejuk dan nyaman terutama di bulan ramadhan. 




wallahuaklam 
jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.