Wabak yang melanda setiap ceruk bumi

Wabak 
Keadaan negara dan dunia sudah masuk episod kesan jangka panjang pula. Wabak yg mula dikesan di China kini sudah meresap keseluruh dunia. Wabak ini amat meluas sebarannya dan Allah sedang uji kita dalam.perkara ini. Kesan virus ini tidak sedikit. Negara Mega dunia dgn ekonomi trillion dollar kini diambang kemelesetan atas sebab makhluk yg bersifat super micron saiznya.  



Kasih 5 | Walaupun ditahan untuk pemeriksaan,misi tetap diteruskan

 

 Syarikat kapal terbang dunia yang gah membawa penumpang kesegenap pelusuk bumi, kini diancam muflis pula. Juga kerana makhluk super micron saiznya ini. Sistem penyampaian kerajaan juga banyak yang tergendala dan ada yang di batalkan terutama dalam siri perhimpunan dan acara keramaian yang sudah disusun atur selama ini. 



Persidangan APEC2020 yg dijangkakan akan diadakan di KL juga mungkin menerima nasib sama spt yang lain juga. Kaabah, pusat umat islam menunaikan umrah dan haji kini lengang dan dikhuatiri ibadat haji tahun ini mungkin dibatalkan juga. Kesan yang amat merata kpd semua lapisan manusia yg ada dlm dunia ini. 



Perlawanan.bolasepak dunia kini bermain tanpa penonton pula. Seperti tiada seri pula pasukkan gah dunia bermain hanya terdengar sorakkan sorang dua sahaja dlm stadium. Pusat membeli belah juga kehilangan pengunjung yang ketara dalam masa sehari dua ini. Semuanya amat berhati2 disebabkan mall2 ini dikunjungi ribuan org dari.serata dunia yg kita tidak tahu tahap kesihatan mereka. 




Harga minyak dunia juga jatuh hanya disebabkn virus halus ini. Kapal2 terbang banyak mengurangkan kos penerbangan mereka disebabkan kekurangan penumpang yg ketara ketika ini. Air Asia membuat promosi gegila dengan satu bayaran anda boleh melancong tanpa had keseluruh destinasi mereka. Majlis perkahwinan juga banyak yg terkesan dgn penyakit ini. 



Semua orang amat berhati2 apabila melibatkan perhimpunan ramai kerana sekali terkena virus ini , satu kampong terpaksa dikuarantinkan. Itulah KEBESARAN KUASA ALLAH yang tidak mampu.kita halangnya. Walaupun bala ini turun dikalangan orang kafir, orang beriman juga akan terkesan sama. Sama2lah kita menjaga kesihatan keluarga kita dan berdoalah kepadaNya agar bala ini cepat pergi dari bumi ini. 



YaAllah, kami insan lemah dan kami hamba Mu yang sentiasa mengharapkan kasih dah sayangMu. Lindungilah kami dari wabak COVID19 dan penyakit2 yang lain. 




Ameen 
 wallahuaklam 
jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.