Terimakasih Multi Reverted Muslim Malaysia



BMF
Terbaik Bro firdaus wong.

Hari ni aku pergi melawat mart terbaru dalam siri BMF yang semakin hangat dipasaran ketika ini. Kali ini aku menerjah ke myKampung freshmart di seksyen 24 shah alam selangor.

MyKampung freshmart ini diusahakan dibawah MRM iaitu sebuah NGO yang giat berdakwah di dalam negara kita ini dalam menyampaikan misi ISLAM yang suci ini yang diketuai oleh saudara Firdaus Wong.

Frestmart ini bagi aku menarik dan terkini. Selalu kita pergi ke kedai yang bertemakan BMF ini produk jualan dia semacam tidak dikenai ramai. Walaupun ianya produk muslim tapi dari segi sambutan agak suram berbanding kedai milik kaum lain.

Di myKampung freshmart, mereka menjual pelbagai produk panas dipasaran. Mereka tidak hanya tertumpu pada produk yang diusahakan oleh orang kita semata. Ini adalah kerana kita perlu lebih terbuka dalam mencari pasaran yang lebih luas sebenarnya.

Apa yang penting adalah produk jualan kita wajiblah 100% halal walaupun ada mungkin 30% produk dari pengusaha kaum lain. Kita harus terbuka dalam mencari pasaran agar perusahaan kita mendapat WIN-WIN baik utk pengguna ataupun untuk perniagaan itu sendiri insyaAllah.

wallahuaklam
Jangan lupa lawat kedai kecil aku di shopee pada link dibawah ini.




Dapatkan mug Unik untuk sebarkan info ISLAM kepada semua di kedai shopee seperti pada link diatas

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.