Motor ini pernah mewarnai hidup kita dahulu

Kenangan mengusik jiwa
Motor Honda C50

Motor ini juga dikenali sebagai honda cup 5 kupang kerana cc nya 50 cc sahaja. Motor ini menjadi antara trending suatu ketika dahulu dan ayah juga pernah memiliki motor ini dalam menguruskan kehidupan kami sekeluarga.






Bila dikenang semula, terasa rindu datang bertapa dalam jiwa. Bukan mudah menguruskan sebuah kehidupan dengan anak2 yang ramai, tapi berkat rezeki dan usaha, ayah tetap mengayuh kehidupan ini dengan tenang walaupun terkadang gelora itu mendatang.





HONDA CUP C70 Ayahku

  
Kini ayah sudah pergi mengadap Ilahi. Hanya motor inilah ditinggalkannya untuk kami kenang kembali dikala kecil dahulu. Dan adik ambil inisiatif untuk restore semula motor ini agar kenangan itu sentiasa segar buat kami semua.

Bukan mudah untuk menjalani hidup dibumi kita sendiri dan ianya memerlukan kekuatan minda untuk merempuh semua ini.


Semoga ayah2 kita semua ditempatkan di taman2 syurga dan di rahmati olehNya. Ameen




wallahuaklam
Jauh sudah kukembara

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.